Loading the content... Loading depends on your connection speed!

img

Galeri Al-Qur’an dan Manuskrip

Tulisan khat dan penulisan merupakan aspek utama dalam Islam sejak permulaan Islam. Dalam al-Qur’an, surah 68 dimulakan dengan ayat yang bermaksud “ Demi Kalam, dan apa yang mereka tulis” dari Surah al-Qalam , yang bermaksud “Pena”.

Tulisan khat bermula dengan penulisan asas, dan telah menjadi seni tertinggi di seluruh dunia Islam. Sifat huruf Arab yang mudah dibentuk serta maksud tersirat tulisan telah merangsang umat Islam untuk membangunkan dan mengguna pakai hasil seni tulisan khat pada seni bina, tekstil, lukisan mini dan barangan hiasan yang lain.

Sebelum penemuan kertas, kalimah-kalimah Allah, yang kemudiannya dikumpulkan sebagai al-Qur’an, ditulis di atas berbagai permukaan seperti kulit sehingga kayu. Di dalam koleksi kami, folio tertua bertarikh abad ke 8 M.

Al-Qur’an mempunyai 114 surah, dalam 30 judz. Dimulakan dengan surah al-Fatihah, yang bermaksud pembukaan, judz-judz yang lain disusun mengikut aturan ia diturunkan.

Melalui hasil kerja cendekiawan dan ulama Islam, manuskrip berkenaan sains, astronomi, puisi, sejarah, pencahayaan rohani serta beberapa harian telah direkodkan.

Kiswah

Ka’abah terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah. Ka’abah dikenali dengan beberapa nama, seperti al-Bait al-Atiq (rumah kebebasan) dan al-Bait al-Haram ( rumah suci). Dindingnya di litupi dengan kain yang dipanggil kiswah. Pada hari ini, ia dibuat di Mekah menggunakan kain sutera hitam dengan hiasan ayat-ayat tulisan thuluth dalam bentuk berliku-liku berlatarkan hitam.

Kain yang dipamerkan di sini ialah kain pintu ka’abah, yang dikenali sebagai Sitara atau Burqu’. Ia disulam penuh dengan tulisan khat benang emas dan perak, ia digantung dihadapan pintu ka’abah pada tahun 1964. Ia mempunyai tanda perakuan hasil kerja kilang Abd al-Rahim Ami di Mekah. Tanda perakuan tersebut diletakkan dalam kotak yang berhias motif bunga-bungaan.

Kiswah disulam halus dalam beberapa peringkat. Ia dimulakan dengan menjahit kapas yang dipintal untuk membentuk lengkuk tulisan dan hiasan. Proses ini diakhiri dengan melilitkan benang bersadur emas dan perak di seluruh kapas yang dipintal.