
Galeri Seni Bina
Memberikan tumpuan kepada kepelbagaian gaya seni bina terutama sekalai seni bina masjid. Antara koleksi model-model yang penting di MKIM ialah:
Masjidil Haram
Masjidil Haram terletak di Mekah dan ka’bah sebagai paksinya adalah merupakan kawasan paling suci dalam Islam. Semenjak dari permulaan Islam, masjid ini merupakan destinasi mengerjakan haji pada setiap tahun. Haji ialah salah satu daripada rukun Islam, ia wajib ke atas umat Islam yang mampu melaksanakannya.
Masjid Nabawi
Ia juga dikenali sebagai masjid Nabi di Madinah dan merupakan masjid kedua suci dalam Islam. Ia dibina semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w dan baginda turut terlibat dalam pembinaannya. Pemerintah Islam seterusnya telah membesarkan dan menghias masjid ini dengan mengekalkan kawasan berkubah hijau iaitu tempat makam baginda Rasulullah s.a.w.
Kubah As-Sakhrah
Masjid ini diberi nama bersempena dengan kepercayaan bahawa batu yang berada di tengah-tengah bawah sebuah kubah adalah merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w diangkat ke langit dengan ditemani malaikat Jibril. Dari segi sejarah, kubah As-Sakhrah dianggap suci oleh agama-agama lain di kawasan ini.
Ia di bina pada tahun 7 masihi, struktur bersegi lapan ini mempunyai pengaruh Byzantin. Ia telah menjadi saksi dan dapat bertahan dalam berbagai peristiwa sejarah yang berlaku. Struktur kubah as-sakhrah tidak berubah lebih dari 13 abad dan ia kekal sebagai salah satu khazanah seni bina dunia sehingga ke hari ini.
Kesenian masjid
Ciri paling penting sesebuah masjid ialah bahagian dalamnya. Di penghujung galeri seni bina terdapat binaan semula bahagian dalaman masjid. Setiap masjid mempunyai tempat untuk berwuduk, ia diikuti dengan perlakuan ibadah yang disokong oleh barangan seni masjid seperti tikar sembahyang dan rehal. Persekitaran adalah penting untuk mengekalkan kedamaian dan keharmonian beribadah. Ia diperindahkan ladi dengan gantungan lampu kaca, pintu dan syiling berhias, di mana lazimnya ia di hiasi dengan kalimah-kalimah Allah s.w.t dalam tulisan khat yang indah beserta motif geometri dan bunga-bungaan. Ciri penting yang lain ialah mimbar yang merupakan tempat duduk imam yang mengetuai sembahyang jemaah ketika berkhutbah.
Bilik Uthmaniyah Standard Chartered
Ciri kemewahan di MKIM ialah bilik Uthmaniyah Standard Chartered. Di bina pada tahun 1235 H (1820 M), ia melambangkan kehidupan yang mewah di zaman Uthmaniyah di Syria. Fokus bilik ini ialah syurga abadi yang menghiasi setiap permukaan. Bahagian syiling adalah semewah bahagian dinding. Warna merah, hijau dan emas mendominasi dalam gaya rococo yang mempamerkan sedikit gaya Eropah yang telah sampai ke empayar Uthmaniyah pada abad ke 19. Luahan kemewahan kelihatan di setiap sudut, dengan lukisan gubahan bunga-bungaan, buah-buahan dan pemandangan seni bina. Kemesraan selalu menjadi tunggak kehidupan umat Islam; sebuah bilik seperti ini disediakan untuk menghiburkan tetamu-tetamu yang dihormati.