Loading the content... Loading depends on your connection speed!

img

Matawang & Cap Mohor

Sehingga zaman moden, matawang dari serata dunia Islam mempunyai identiti yang sama. Matawang dunia Islam lazimnya dihiasi dengan pelbagai kaligrafi, dan mengandungi inskripsi-inscripsi agama. Gambaran figura dielakan penggunaannya sejak awal perkembangan Islam, walaubagaimanapun terdapat juga pengecualian.

Pada mulanya, matawang Islam mengekalkan rekabentuk di bawah pengaruh Byzantine dan Sasanid. Motif salib di bawah naungan Byzantine merupakan motif pertama yang disingkirkan. Gambaran potret pula, dikekalkan untuk bebrapa dekad lagi. Di bawah pemerintahan Kalifah Umayyah, Abd al-Malik iaitu dari 685-705 M, perubahan ketara telah berlaku. Dari waktu ini, bermulanya kemunculan rekabentuk Islam. Tumpuan diberikan terhadap mengishtiharkan keimanan dan terhadap surah-surah al-Qur’an.

Cap mohor dari zaman sebelum kedatangan Islam telah muncul sejak beberapa milenia yang lalu. Di dalam dunia Islam, cap-cap mohor digunakan untuk kegunaan peribadi atau kegunaan rasmi dan lazimnya mengandungi inskripsi keagamaan. Bahan-bahan yang lazim digunakan adalah seperti batu jed, akik, kalsedoni dan karnelian. Logam juga digunakan secara berleluasa. Objek yang menyerupai cap mohor yang tidak berukir terbalik digunakan sebagai tangkal. Cap mohor, seperti matawang, boleh dikagumi sebagai hasil seni yang kecil sementara memberi gambaran kepada zaman silam, terutamanya apabila mempunyai tarikh tertulis.