Loading the content... Loading depends on your connection speed!

img

Galeri China

Puncak kegemilangan Islam di China ialah semasa zaman pemerintahan Ming dari tahun 1368-1644, apabila masyarakat Islam mendapat pengaruh politik, walaupun Islam telah sampai ke China beberapa abad terdahulu. Pertembungan secara pelahan-lahan kedua-dua kuasa besar ini telah menghasilkan pertukaran budaya dan teknologi.

Kertas merupakan asas penting dalam pembuatan manuskrip dan telah diperkenalkan ke dunia Islam dari China pada pertengahan abad ke 8. Seni tulisan khat sentiasa menjadi seni yang dipandang tinggi di China. Ia bersesuaian dengan prinsip Islam, walaupun hasilnya berlainan dengan hasil tulisan khat dari kawasan Islam yang lain. Masyarakat China menggunakan garisan pendek dan lembut, yang terhasil dari penggunaan berus. Tulisan kaligrafi yang lain hanya sesuai dengan penggunaan pena mensiang untuk tulisan sambung, bentuk rombus dan huruf yang lebih melengkung serta bentuk bucu yang lebih panjang. Secara tradisinya, al-Qur’an Cina dibahagikan kepada 30 bahagian atau judz.

Barangan seramik yang dihasilkan di China amat digemari di setiap tempat, dari barangan tiga warna dinasti Tang yang menggunakan warna kuning dan hijau terang dan glis putih hinggalah kepada celadon dengan glis hijau kebiruan yang lembut. Porselin biru putih telah menjadi barangan seramik terkenal dari China, dengan penggunaan hiasan motif Islam untuk pasaran eksport.

Skrol tulisan khat

Skrol adalah warisan tradisi kerja berus China, dan pertembungan kesenian Islam dan China selalunya menghasilkan barangan yang bermutu tinggi. Kebiasaan penggunaan simbol dan imej pada skrol-skrol ini memperlihatkan asal usul seni China tempatan. Buah dan bunga-bungaan, seperti peach, teratai dan bunga oren merupakan unsur unik masyarakat China, manakala skrol yang lain menggunakan corak Islam konvensional termasuklah pedang Nabi Muhammad s.a.w.